top of page

Panduan Benih

Updated: 29 Sep 2023



KAEDAH PENYIMPANAN :


1) Biji Ortodoks

- Jangka masa pendek: Pastikan cukup matang, dikeringkan dengan baik, masuk dalam sampul kertas dan simpan pada suhu bilik

- Jangka masa panjang (beberapa tahun): Simpan dalam peti sejuk tapi bukan bahagian peti sejuk beku!


2) Biji Rekalsitran

- Hanya boleh disimpan untuk jangka masa pendek

- Kaedah penyimpanan terbaik adalah di lapangan

- Tidak boleh terlalu kering, sebaiknya disimpan pada suhu asal, masukkan dalam bekas plastik dan simpan dalam peti sejuk, bukan peti sejuk beku!


3) Bahagian Vegetatif

- Disimpan di lapangan

- Boleh disimpan dalam peti sejuk tapi bukan di peti sejuk beku!

- Keladi & ubi keledek: Suhu >14 °C dengan kelembapan yang tinggi boleh disimpan selama beberapa bulan

- Kentang: Boleh disimpan selama 5-7 bulan pada suhu 4-5°C dengan kelembapan relatif 90%

24 lihatan

Commentaires


bottom of page